Bukan hanya sebagai doktor untuk penyakit tetapi juga menjadi doktor untuk ummah
HEAL THE UMMAH
PRESENT AL-FATEH FOR UMMAH
Tuesday, July 30, 2013
IMAM MUDA ASYRAF: ''SEEKING LAILATUI QADR''
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang setia dalam menimba ilmu,saya sangat rindu untuk mula kembali aktif untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua,Alhamdulillah Allah sudah kabulkan hari ini,saat ini.InsyaAllah,dengan sedikit perkonsian ilmu,walau tak banyak tapi mungkin inilah wasilah untuk kita sentiasa tajdid(perbaharui)niat kita..aminn!!
Semalam saya berpeluang untuk mendengar perkongsian dari Imam Muda Asyraf yang bertajuk ''Seeking Lailatul Qadr''. Tajuknya mungkin berbunyi agak 'biasa' kan??tapi sejauh mana 'luar biasa' lailatul qadr itu mampu kita rasa.
Soalan yang sentiasa bermain di minda kita adalah,bilakah lailatul qadr??
Ulama' besar yang mengarang kitab Sirah Nabawi terbaik,telah membuat kajian yang agak mendalam tentang tarikh sebenar Lailatul Qadr. Dirungkainya segala sumber yang berupa hadis Rasulullah SAW,pandangan-pandangan ulama' pada masa itu dan juga ayat Al-Quran sendiri.Berdasarkan pendapat beliau,Lailatul Qadr berlaku pada 7/14/21/28 Ramadhan. Oleh kerana terdapat hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa Lailatul Qadr akan berlaku pada 10 malam terakhir iaitu pada malam ganjil. Jadi,beliau telah membuat kesimpulan yang kukuh berdasarkan kajian-kajian yang telah lama beliau jalankan iaitu Lailatul Qadr berlaku pada malam 21 Ramadhan. Namun begitu,masih banyak pendapat-pendapat lain yang mengatakan Lailatul Qadr beralku pada malam lain,pada hakikatnya,ilmu kita cukup-cukup terbatas sahabat-sahabat. Wallahu 'alam.
Sunday, October 23, 2011
Tinta-tinta Hikmah
- Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
- Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
- Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
- Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
- Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun
- Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
- Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
- Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
- Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya
- Lawati : Koleksi Cinta
- Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
- Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
- Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
- Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
- Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya
- Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
- Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
- Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.
- Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
- Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
- Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
- Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
- Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
- "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
- "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
- Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
- Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
- Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
- Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai
- Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
- Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
- Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
- Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
- Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
- Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
- Kekitaan yang erat tiada yang berat.
- Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
- Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
- Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
- Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh
- Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
- Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Saturday, October 22, 2011
Friday, July 9, 2010
~~LuRvE & M@w@dd@h~~
Hadirnya tanpa kusedari...
Menggamit kasih cinta bersemi..
Hadir cinta insan padaku ini...
Anugerah kurniaan illahi...
Lembut tutur bicaranya...
Menarik hatiku untuk mendekatinya..
Kesopanannya memikat di hati...
Mendamaikan jiwaku yang resah ini...
Ya Allah...
Jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku...
Tabahkanlah hatiku dengan ketentuan-Mu...
Dialah Permata yang Dicari....
~~TRuE FreNz~~
Sahabat masih ada waktu untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu...
Masih ada waktu bagi kita mengikis coreng-coreng mazmumah...
Dan mengukir kuntuman mahmudah...
Menghiasi kamar hidup ini...
Thursday, June 17, 2010
~~MuHaSaBaH CiNtA~~
Wahai Pemilik Nyawaku....
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian darimu...
Ku pasrahkan semua padamu...
Tuhan....
Baruku sedar...
Indah nikmat sehari itu...
Tak pandai aku bersyukur...
Kiniku harapkan cintamu...
Kata-kata cinta terucap indah...
Mengalir berzikir di kidung doaku...
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku...
Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang kau beri untukku...
Ampuni khilaf dan salah..
Selama ini...
Ya Illahi.....
Tuhan.....
Kuatkan aku...
Lindungiku dari putus asa...
Jika kuharus mati...
Pertemukan aku denganmu...
Subscribe to:
Posts (Atom)






