HEAL THE UMMAH

HEAL THE UMMAH
PRESENT AL-FATEH FOR UMMAH

Saturday, December 7, 2013

SHIFT YOUR PARADIGM !!



Bismillah...


Shift your paradigm..terpacul dari mulut seorang sahabat ana semalam sewaktu memberi pencerahan tentang movie The Lady,Aung San Sun Kyi. Agak tersentap..tapi alhamdulillah sentapan yang terbaik dari dia,tahniah. bukan pertama kali ana mendengar ungkapan ini namun hidayah itu milik Allah sesungguhnya,tidak kira dari siapa ia datang tetap dengan izin Allah dan ketetapanNya.



Terdetik dalam hati,''kenapa aku begitu tersentap sekali ???'',diam kehairanan sejenak. Tapi itulah hidayah,,ia datang dalam pelbagai rupa dan cara,,subhanallah..

Agaknya,,ana sorang je ke yang terasa sebegini rupa..?? ye mungkin..tapi kemungkinan juga yang sedang membaca ni pun akan tersentap juga.

Kita bercakap tentang shift our paradigm bukan dalam konteks luaran sahaja tapi semestinya dalaman yang lebih penting,,dan juga menepati keadaan semasa ni..
Selalu,,perasan time nak solat esp,,sape yang akn jadi imam solat??semua saling memndang sesama sendiri,,agak lambat untuk mewakilkan diri sendiri,,tidak sepatutnya keadaan ini berlaku. Boleh berlaku untuk sekali dua tapi bukan kali yang ketiga,,masalahnya bukan berapa kali kita'ditolak' sebagai imam,,tapi sedarkah kita yang kita sudah perlu bersedia..

Ana bukan hanya tujukan kepada satu gender sahaja tapi kedua2 skali. Zaman ni zaman kebangkitan dan jangan alihkan tumpuan 'kebangkitan' tu hanya sebagai kebangkitan seorang reformist tapi kebangkitan yang mampu di lakukan oleh semua,,iaitu kebangkitan dalam diri sendiri ke arah yang lebih baik...ke arah muslim dan mukmin yang hebat.

Ketahuilah sahabt2,,Allah dah sediakn kita tempat yang terbaik,,suasana yang terbaik,,sahabat2 yang terbaik,,guru yang terbaik,,masa yang terbaik,,dan umo yang terbaik untuk berhijrah serta membina kekuatan diri sebelum di hantar ke lapangan ummah,,insyaAllah..

buktikan dengan usaha untuk berubah...




Ummat sedang mencari Al-Fateh abad ke 21 ini,,zaman siapakah ia bermula,,??Zaman kita. Beliau memahat sejarah kehebatn Islam se awl umo 19,,tapi tika ini,,di mankah kita??Masih lagi di telan keseronokan..kelapaan..

Ayuh kita berubah yuk!!!tak perlu bicara tentang reformasi untuk negara seandainya diri msh belum bercita2 dan berusaha untuk di 'reformasikan'..











#Allahu Ghayatuna..
#Dialu2kn berkongsi pendapat di sini..syukran

JUMAAT: Saiyyidul Ayyam

Alhamdulillah..dapat lagi aku sampai pada hari jumaat yang seterusnya minggu ini. Kenapa kita perlu bersyukur dapat kecapi hari Jumaat ni? Yes,,perlunya kita bersyukur sebab memang hari-hari kita kena bersyukur,Allah masih bangkitkan kita dari tidur dan memberi kita peluang meningkatkan ibadah kita yang belum pernah cukup untuk dihadapkan di hadapanNya kelak. Kelebihan hari Jumaat ni memang semua orang inginkannya,,dan Allah telah mengkhabarkan kita tentang banyak kelebihan hari Jumaat.


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.



Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.


Wednesday, December 4, 2013

IMPIAN YANG REALITI

Bismillah....

Hakikatnya,mana mungkin suatu yang di panggil impian dikira sebagai realiti,tetapi impian yang realiti ini pasti dengan hadirnya insan. Tanpa insan ini sudah pasti impian itu tidak kan pernah di panggil realiti. Setiap daripada kita perlu mencari insan ini seandainya tidak,impian pastinya berlalu lebih pantas daripada debu-debu yang berterbangan di udara. Tak kira apa pun yang di fahami dari perkataan insan ini,,tapi signifikan insan ini perlu difahami oleh semua yang membaca entri ini.

Percaya atau tidak dengan kata2 ini?? Fahamilah setiap perkataan yang terbit di situ,,pasti kita akn jadi seorang yang cukup2 hebat yang mampu menjadi wasilah terpancarnya syiar keizzahan Islam itu sendiri. Dengan hadirnya insan ini..akan terbuktilah kebenaran kata2 ini.


Usaha adalah kuncinya





INSAN ITU ADALAH MR. EFFORT

SABARLAH DALAM BERSABAR..

Dengan nama Allah..

   Agak lama aku menyepi,,tapi bukan menyepi kerana tiadanya 'isi',akan tetapi aku menyepi mencari diri yang hakiki. Tak mudah,tapi aku tahu yang aku perlukan itu semua,begitu juga dengan sahabat2 semua.. Selagi diri bergelar hamba,,diriku tidak lekang dari ujian yang Maha Esa,aku tak mahu mengeluh,tetapi apakan daya sahabat2,aku lemah,,lebih lemah dari yang kau sangkakan. Namun begitu,diriku masih lagi menampung hikmahnya ujian kerana jauh di sudut hatiku,yakin bahwa Allah sedang berbicara denganku dan sedang meluahkan persaan cintaNya kepadaku,,SUBHANALLAH..





Alhamdulillah..di kala ini,senyuman menjadi teman akrab buatku.
Bohong jika kukatakan yang aku tidak penat dengan apa yang telah
Allah hantarkan kepadaku. Saban hari..hatiku tertanya-tanya,apa yang 
terbaik yang perlu aku lakukan sekarang,mungkin bukan solusi secara mutlak
tetapi cukuplah sekadar PENGUAT HATI NURANI..



Wallahu a'lam..




Capture Your Heart
Comments from pYzam.com

Greatest Challenge
Spice up your Twitter with some Twitter Backgrounds