HEAL THE UMMAH

HEAL THE UMMAH
PRESENT AL-FATEH FOR UMMAH

Tuesday, July 30, 2013

IMAM MUDA ASYRAF: ''SEEKING LAILATUI QADR''

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang setia dalam menimba ilmu,saya sangat rindu untuk mula kembali aktif untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua,Alhamdulillah Allah sudah kabulkan hari ini,saat ini.InsyaAllah,dengan sedikit perkonsian ilmu,walau tak banyak tapi mungkin inilah wasilah untuk kita sentiasa tajdid(perbaharui)niat kita..aminn!! Semalam saya berpeluang untuk mendengar perkongsian dari Imam Muda Asyraf yang bertajuk ''Seeking Lailatul Qadr''. Tajuknya mungkin berbunyi agak 'biasa' kan??tapi sejauh mana 'luar biasa' lailatul qadr itu mampu kita rasa. Soalan yang sentiasa bermain di minda kita adalah,bilakah lailatul qadr?? Ulama' besar yang mengarang kitab Sirah Nabawi terbaik,telah membuat kajian yang agak mendalam tentang tarikh sebenar Lailatul Qadr. Dirungkainya segala sumber yang berupa hadis Rasulullah SAW,pandangan-pandangan ulama' pada masa itu dan juga ayat Al-Quran sendiri.Berdasarkan pendapat beliau,Lailatul Qadr berlaku pada 7/14/21/28 Ramadhan. Oleh kerana terdapat hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa Lailatul Qadr akan berlaku pada 10 malam terakhir iaitu pada malam ganjil. Jadi,beliau telah membuat kesimpulan yang kukuh berdasarkan kajian-kajian yang telah lama beliau jalankan iaitu Lailatul Qadr berlaku pada malam 21 Ramadhan. Namun begitu,masih banyak pendapat-pendapat lain yang mengatakan Lailatul Qadr beralku pada malam lain,pada hakikatnya,ilmu kita cukup-cukup terbatas sahabat-sahabat. Wallahu 'alam.

No comments:

Capture Your Heart
Comments from pYzam.com

Greatest Challenge
Spice up your Twitter with some Twitter Backgrounds