HEAL THE UMMAH

HEAL THE UMMAH
PRESENT AL-FATEH FOR UMMAH

Sunday, October 7, 2007

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH





CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untukseseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnyamenerima habuansyurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.melebihi dari segala-galanya.

ii) Wajib menutup aurat

iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanitajahiliah

iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
v) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran,kebajikan dan takwa

vi) Berbuat baik kepada dua ibubapa

vii) Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susahataupun senang

viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi

ix) Bersikap baik terhadap jiran tetangga


3) Tanggungjawab terhadap suami:

i) Memelihara kewajipan terhadap suami

ii) Sentiasa menyenangkan suami

iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.

iv) Tidak cemberut di hadapan suami.

v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

vi) Tidak keluar tanpa izin suami.

vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.

x) Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dankecantikannya serta kebersihan rumahtangga.











FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabatwanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yangdigembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakansaat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allahs.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikanhawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci matipendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya." Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehinggadia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan."(Riwayat Tarmizi) Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir,tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrahatau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyakmenjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahansyaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelakiagar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikityang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya keranakenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surahal-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia inimelainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itulebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamuberfikir."

3- Mudah terpedaya dengan syahwat

4- Lemah iman

5- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


WaLlahu A'lam....

Thursday, October 4, 2007

WANITA BERILMU


Wanita kena berilmu bukan harapkan kecantikan fizikal



HORMAT Wanita yang dipilih sebagai tema Hari Sambutan Wanita Sedunia di Malaysia, baru-baru ini, memberikan penghormatan dan pengiktirafan terhadap peranan wanita sebagai ibu, isteri, anak, sahabat, teman seperjuangan dan ahli dalam sesebuah masyarakat. Sikap saling hormat menghormati adalah nilai murni yang perlu diterapkan pada setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, jantina dan status sosial.Bagaimanapun, hormat wanita perlulah bermula dengan wanita menghormati diri mereka sendiri. Bak mutiara kata Inggeris yang berbunyi ‘Respect is earned’. Hormat terhadap seseorang tidak akan datang sendiri melainkan di atas sesuatu yang menyebabkan dia layak menerima penghormatan itu. Hormat pula bukanlah sesuatu yang boleh diminta-minta atau dipaksakan, tetapi lahir daripada hak dan tanggungjawab yang sudah dilaksanakan.Wanita perlu mula belajar menghormati diri sendiri. Ia bermula dengan belajar mengenali diri sendiri dan menerima segala kelebihan dan kekurangan kurniaan Allah ke atas dirinya. Segala kelebihan diri dimanfaatkan untuk berbuat kebaikan yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Kekurangan diri pula cuba diperbaiki seboleh mungkin tanpa menyebabkan perasaan rendah diri. Wanita perlu menghargai dan menyayangi diri sendiri dan meletakkan nilai tinggi ke atas maruah dan harga diri mereka sebelum meminta orang lain berbuat demikian terhadap mereka. Islam mengiktiraf wanita sebagai individu yang berbeza daripada lelaki dari sudut penciptaannya.Bagaimanapun, dari segi tanggungjawab dan pengabdiannya terhadap Allah adalah sama. Firman Allah bermaksud :“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)Firman Allah lagi bermaksud: “Demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang dan penciptaan lelaki dan perempuan, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.” (Surah al-Lail, ayat 1-4)“Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk, ayat 2)Wanita Islam yang menghormati dirinya akan sedaya upaya menunaikan setiap suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dia juga perlu meyakini setiap hukum Allah mempunyai hikmah yang bertujuan memelihara kesucian dan kesejahteraan diri dan masyarakat umum walaupun nafsu mereka tidak menyenanginya.Contohnya, sistem hijab dalam Islam untuk memelihara kesucian maruah diri dan keselamatan seseorang wanita. Dengan ini lelaki akan memandang wanita sebagai seorang yang mulia dan terhormat serta bukan semata-mata sebagai objek seks. Ini seperti firman Allah bermaksud:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut, ayat 64)Seterusnya wanita mesti memperkasakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmulah seseorang manusia dihormati dan disanjungi. Wanita tidak boleh bersandarkan kepada kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak berkekalan. Wanita perlu mengambil tindakan berdasarkan sesuatu fakta dan tidak hanya terikut-ikut dengan trend semasa. Contohnya, ramai wanita muda kini yang merokok! Perbuatan itu jelas melambangkan wanita tidak menghormati diri sendiri kerana berbuat sesuatu yang akan memudaratkan tubuh badan mereka.Merokok boleh mengganggu pusingan haid dan menyebabkan penghasilan ovum yang kurang berkualiti. Merokok juga boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser paru-paru dan kerongkong. Malah, wanita mengandung yang merokok akan mendatangkan mudarat kepada janin yang dikandungnya.Kajian saintis mendapati beberapa komplikasi bagi ibu mengandung yang merokok seperti kelahiran pramatang, berat badan bayi yang terlalu rendah dan kematian janin dalam rahim.Terlalu mempercayai lelaki tanpa syarat hingga menggadaikan maruah diri juga bukanlah tindakan bijak seorang wanita biar seagung mana pun cintanya! Wanita harus pandai memberi dan menilai cinta dan hanya menyerahkan dirinya dengan terhormat melalui ikatan ijab kabul.Berleluasanya perbuatan maksiat dan zina dalam masyarakat turut berpunca daripada longgarnya ikatan kekeluargaan dan punahnya rasa percaya dan hormat terhadap ibu bapa. Gadis dan wanita yang tidak mendapat kasih sayang daripada lelaki dalam hidup mereka iaitu bapa masing-masing, mula mengemis kasih daripada lelaki hidung belang yang mengambil kesempatan daripada keperluan emosi seorang wanita.Pengalaman dalam kehidupan adalah universiti terbaik bagi seseorang insan selagi mana dia belajar dengan mengutip permata kehidupan yang berharga di celah-celah kesilapan yang pernah dilakukannya atau oleh orang lain.Panduan menghormati diri sendiri.# Hargai dan sayangi diri sendiri dengan menerima segala kelebihan dan kelemahan diri. Berazam untuk memanfaatkan kelebihan diri untuk kehidupan yang lebih baik, di samping cuba memperbaiki kelemahan sendiri.# Percaya kepada keupayaan diri sendiri dan mempunyai maruah diri yang tinggi.# Tidak melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan kesihatan seperti merokok, mengambil dadah, minum arak dan pengguguran haram.# Merasai kepuasan sekiranya beroleh kejayaan dan tidak berputus asa sekiranya gagal.# Melakukan sesuatu kerana kemahuan diri sendiri dan bukan paksaan daripada orang lain. # Memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba semula dan bangun daripada kegagalan.# Tidak rendah diri di atas kekurangan yang ada pada diri sebaliknya meyakini Allah menciptakan manusia dengan keupayaan yang tersendiri.# Tidak terikut-ikut dengan tindak tanduk orang lain atau berbuat sesuatu semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.# Meyakini qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah serta meyakini usaha dan tawakal adalah selari dalam mencapai kejayaan.# Tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya berusaha dengan menggunakan kelebihan, kemahiran dan kepandaian yang ada pada diri sendiri.# Membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri, keluarga dan masa hadapan serta menjauhi perbuatan yang merugikan.

SELAMI KISAH KHADIJAH , AISYAH URUS KELUARGA




Selami kisah Khadijah, Aisyah urus keluarga






SHAHIDAH membuat keputusan berpindah ke selatan tanah air untuk mengikut suaminya yang sedang bertugas di sana. Perpindahan itu menyebabkan beliau terpaksa bertukar kerjaya ke tempat baru. Selepas tiga tahun berada di sana, sekali lagi suaminya ditugaskan ke tempat yang lebih jauh lagi. Dengan cahaya mata seramai empat orang yang memerlukan perhatian beliau sebagai ibu menyebabkannya terpaksa berfikir, bukan dua kali tetapi berkali-kali sama ada perlu bertukar kerja atau terus berhenti supaya dapat mengikut suaminya ke tempat baru. Jika beliau berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, mampukah suaminya menanggung semua perbelanjaan yang kian meningkat. Bagaimana dengan sewa rumah, ansuran sewa beli kereta, pendidikan anak dan perbelanjaan lain yang semakin bertambah? Kalau berpindah, beliau terpaksa mencari pekerjaan lain. Ada atau tidak peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya sedangkan ramai graduan menganggur hari ini. Lain pula kisahnya dengan Nafisah. Selepas tamat pengajian di luar negara, beliau ditemukan jodoh dengan seorang pemuda berketurunan Cina yang kelulusan hanya setakat sijil kemahiran. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan tohmahan daripada orang kampung, beliau meneruskan juga hasratnya. Nafisah ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di selatan tanah air, suaminya pula terpaksa bertugas di pantai timur. Anak sulung mereka yang baru berusia dua tahun ditinggalkan bersama neneknya di Lembah Klang. Mereka hanya bertemu sebulan sekali atau pada cuti hujung minggu yang panjang. Peluang untuk beliau bertukar kerja masih belum ada. Persoalan untuk berhenti kerja semata-mata untuk mengikut suami ditentang hebat oleh keluarga. Apatah lagi selepas bersusah payah menamatkan pengajian di luar negara dengan pinjaman daripada Mara. Musalmah pula sudah tak kisah lagi mengenai keadaan kerja suaminya yang sentiasa bertugas di luar kawasan. Dalam setahun suaminya bertugas di dua atau tiga tempat manakala, beliau dan anak pula menetap di Lembah Klang. Anak mereka sudah biasa dengan keadaan itu sejak mereka mengenal kehidupan di dunia ini. Anak lelaki sulungnya sudah memasuki alam remaja, begitu juga dengan yang kedua. Pernah dia hampir dilamar oleh seorang lelaki yang menyangka beliau seorang ibu tunggal. Mungkin kerana Musalmah menjalankan peranan sebagai ibu dan bapa, suaminya pula tidak pernah dilihat bersama mereka. Situasi dalam ketiga-tiga kisah di atas mempunyai persamaan iaitu kisah wanita Islam yang mempunyai kerjaya di luar rumah dan mempunyai keluarga yang terpaksa ditinggalkan oleh suami dan bapa kerana tuntutan kerjaya masing-masing. Mungkin jika dibuat tinjauan rambang, kisah begini jarang berlaku tetapi fenomena itu bukanlah sesuatu yang pelik dalam dunia hari ini. Golongan wanita yang mempunyai kelulusan lebih tinggi daripada lelaki menuntut untuk mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan yang dimilikinya. Dalam pada itu, tuntutan fitrah untuk berkeluarga menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan dalam mencari pekerjaan di lokasi yang hampir dengan tempat bekerja. Kalau dulu mungkin persoalan yang timbul ialah, wajarkah wanita Islam bekerja di luar rumah? Di Malaysia hari ini wanita berkerjaya di luar rumah sudah menjadi satu kebiasaan. Persoalan itu boleh dipanjangkan lagi dengan bertanya, wajarkah wanita yang berkeluarga untuk tinggal berjauhan kerana tuntutan kerjaya suami dan isteri. Persoalan ini boleh dikupas untuk melihat kebaikan dan keburukannya. Kembali kepada persoalan asas iaitu mengenai pembabitan wanita di alam pekerjaan di luar rumah. Pada hari ini wanita adalah sebahagian besar daripada tenaga kerja yang sangat diperlukan dalam pembangunan negara, bukan saja di sektor perkilangan, terutama sebagai pekerja kilang elektronik tetapi dalam bidang profesional. Peningkatan itu disebabkan oleh bertambahnya graduan wanita berbanding lelaki daripada IPT memasuki sektor tenaga kerja di negara ini. Fokus perbincangan ini adalah berkisar kepada kedudukan wanita Melayu Muslim di negara ini dan pembabitan mereka dalam kerjaya dan keluarga. Jika diimbas sekali lalu, kedudukan wanita Melayu pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan hingga hari ini memang menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang sama dengan lelaki. Ekonomi negara dulu yang berasaskan pertanian turut membabitkan wanita membanting tulang membantu lelaki. Kaum ibu membantu bapa di sawah dan di ladang mengikut kesesuaian tenaga yang boleh dicurahkan. Hakikatnya ialah bidang pekerjaan kaum wanita bukan saja terletak di dalam rumah tangga tetapi juga membantu menyara kehidupan sekeluarga seperti ke sawah untuk menanam padi dan berkebun serta menoreh getah di samping menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah. Peranan ini terus dimainkan hingga hari ini dengan keadaan berbeza. Persamaan peluang untuk mendapatkan pendidikan sama seperti lelaki memberi peluang kepada wanita memperoleh pendidikan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka dulu. Ekonomi negara mengalami perubahan ke arah negara berasaskan perindustrian menyebabkan keperluan terhadap sumber tenaga kerja dalam sektor itu membuka peluang pekerjaan bagi wanita untuk menyumbang tenaga. Peluang pekerjaan untuk wanita masih di bidang yang bersesuaian dengan fitrah mereka. Sektor perkhidmatan hari ini terutama bidang pendidikan menunjukkan trend perubahan yang mana wanita mendominasi profesion perguruan. Apa yang ingin dipaparkan ialah pertama, wanita sudah lama mempunyai kerjaya di luar rumah. Kedua, peranan menambahkan pendapatan keluarga bukan saja diletakkan di atas bahu suami, malahan isteri memainkan peranan sebagai penyumbang. Ketiga, peningkatan taraf hidup terutama di bandar menyebabkan perlu untuk isteri sama-sama keluar bekerja bagi menampung peningkatan taraf hidup kehidupan sekeluarga dan keempat, pendidikan tinggi yang dimiliki wanita membolehkan mereka memegang jawatan tinggi setaraf kelulusan. Keadaan itu menimbulkan dilema atau konflik antara keluarga dan kerjaya. Seperti dalam tiga kes di atas, wanita berkenaan menghadapi situasi di mana mereka terpaksa hidup terpisah antara suami dan keluarga kerana memenuhi tuntutan kerjaya. Dalam hal ini, wanita perlu memikirkan kembali dan meletakkan keutamaan selaras tuntutan fitrah dan kedudukan mereka dalam Islam tanpa mengorbankan peranan sebagai wanita, isteri dan ibu. Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa beban kerja dan tanggungjawab wanita meningkat dengan bertambahnya tanggungjawab wanita, isteri, ibu, pekerja, atau mungkin sebagai ketua di pejabat. Mampukah wanita menanggung semua ini? Oleh itu, sebagai wanita Islam hari ini, adalah perlu untuk sama-sama menilai kembali peranan yang perlu dimainkan oleh wanita dalam era globalisasi ini. Islam menetapkan peranan wanita dan menaikkan martabat mereka yang begitu rendah tarafnya sebelum kedatangan Islam di mana mereka ditanam hidup-hidup ketika kecil, diperdagangkan seperti barangan dan sering menjadi sasaran penghinaan. Islam membawa cahaya dan petunjuk bagi menyelamatkan wanita daripada kekejaman jahiliah dan menetapkan hak serta kebebasannya yang hilang dan dirampas. Islam mengangkat darjat wanita ke tempat yang tinggi dengan menerangkan persamaan wanita dengan lelaki daripada sudut kemanusiaan, menjalankan suruhan dan perintah Allah, ganjaran dan balasan yang diterima apabila berbuat kebajikan seperti firman Allah dalam Surah Al Ahzab, ayat 35 yang bermaksud: “Sesungguhnya lelaki Islam dan perempuan Islam, lelaki beriman dan perempuan beriman, lelaki taat dan perempuan taat, lelaki benar dan perempuan benar, lelaki sabar dan perempuan sabar, lelaki merendah diri (kepada Allah) dan perempuan yang merendah diri, lelaki bersedekah dan perempuan bersedekah, lelaki berpuasa dan perempuan berpuasa, lelaki memelihara kehormatannya dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki banyak berzikir menyebut nama Allah dan perempuan yang banyak berzikir menyebut nama Allah, Allah menyediakan bagi mereka seluruhnya keampunan dan pahala yang besar.” Jelas dalam ayat ini Allah menyebut mengenai persamaan tuntutan beribadat dan berakhlak akan mendapat ganjaran sama yang dikurniakan Allah kepada lelaki dan wanita. Jadi persoalan menuntut hak persamaan tidak perlu diungkit lagi. Antara lelaki dan wanita bukanlah pesaing tetapi rakan kongsi yang saling memerlukan antara satu sama lain. Peranan wanita sebagai isteri berkerjaya memerlukan keseimbangan dalam melaksanakan tanggung jawab. Semua inginkan kecemerlangan dalam melaksanakan peranan yang dimainkan wanita tetapi keadaan sebenarnya adalah terlalu sukar untuk mereka cemerlang dalam semua bidang. Pengurusan rumah tangga yang bijak, berkesan dan cekap memerlukan wanita untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menangani semua masalah dan cabaran. Sifat wanita yang dijadikan Allah penuh dengan kekuatan dalaman yang boleh dicernakan dengan mendekatkan diri kepada-Nya, dengan penuh ketakwaan dan memohon kekuatan dari-Nya dalam menghadapi segala cabaran dan halangan terutama dalam era globalisasi ini. Walaupun zaman berlalu, peranan wanita seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah dan ramai lagi ummul mukminin dan sahabiah perlu diteliti kisah hidupnya untuk mencungkil kekuatan yang boleh dicontohi sebagai bekalan dalam menghadapi dunia yang terlalu mencabar peranan muslimah hari ini. (Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, Sintok. dijah, Aishah urus keluarga

CIRI INSAN JADI SAHABAT

12 ciri insan jadi sahabat
Oleh Suriza Ahmad ZabidiKEPUTUSAN menggalakkan dalam peperiksaan baru-baru ini menyebabkan ramai anak kita mendapat tawaran memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ibu bapa adalah orang yang paling bahagia dengan kejayaan anak melanjutkan pelajaran ke menara gading selepas bertungkus lumus di sekolah menengah dan rendah selama bertahun-tahun. Tidak kurang juga yang berasa bimbang kehidupan baru yang bakal ditempuhi anak mereka di IPTA kerana selama ini mereka berada dalam pengawasan. Kini anak seorang diri menimba ilmu dengan kehidupan dengan kawan baru. Mereka bimbang anak tidak dapat menyesuaikan diri dan mungkin tersalah pilih kawan. Tidak kurang juga ibu bapa yang mencari formula untuk menasihati anak dalam memilih kawan yang baik bagi meneruskan kehidupan di universiti. Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan, seperti kata seorang ustaz, "Tarzan (kalaupun ceritanya benar) juga memerlukan sahabat!" Betullah apa yang dikatakan oleh Rasulullah, siapa sahabat kita begitulah juga corak kehidupan kita. Sahabat rapat Tarzan adalah orang utan, jadi begitulah cara kehidupannya, daripada cara berjalan, tidur hinggalah makan seperti seekor orang utan! Jadi dalam bersahabat, kita mesti pandai membuat pilihan supaya tidak tersalah pilih. Pilihan yang bijak bukan sekadar ketika ingin mendirikan rumah tangga, tetapi juga dalam memilih sahabat. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: # Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; # Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; # Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; # Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; # Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; # Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; # Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; # Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; # Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; # Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; # Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan # Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu." Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!". Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur. Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki? Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka. Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka. Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu? Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita? Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya. Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya! Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat. # Penulis adalah seorang jurutera dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@y..habat

Wednesday, October 3, 2007

WANITA DIGALAK SOLAT HARI RAYA

Wanita digalak solat raya


Oleh Prof Madya Maznah Daud
“MAMA, kenapa kita tidak pergi dengan abang dan abah ke masjid untuk sembahyang raya?” tanya Ruhaimah, gadis belasan tahun kepada ibunya yang sibuk memasak dan menghidang makanan di meja makan untuk juadah raya. “Ruhaimah, kita orang perempuan dan tugas kita menyediakan makanan. Biar abang dan abah sebagai orang lelaki saja yang pergi ke masjid. “Kalau tidak kita menyediakan makanan untuk mereka, siapa lagi,” jawab mamanya tersenyum sambil mencubit sayang dagu si comel itu. Kita sering mendengar perbualan sebegini di kalangan wanita pada pagi raya. Namun, adakah pandangan itu secocok dengan roh hari raya? Benarkah hanya lelaki yang perlu bersembahyang hari raya dan tugas wanita hanya memasak, menyediakan makanan, mengemas rumah, memasang langsir baru dan menyambut tetamu pada pagi raya? Adakah amalan lain (dikira ibadat dan mendapat pahala) yang lebih afdal dan utama yang seharusnya dilakukan oleh wanita pada pagi raya? Justeru, kita perlu melihat semula beberapa amalan lain yang lebih utama ketika merayakan Aidilfitri, sekali gus diredai supaya hari raya kali ini lebih baik daripada hari raya tahun lalu. Hari raya adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh manusia tanpa mengira bangsa atau agama. Ia disambut meriah dengan pelbagai acara. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Anas menceritakan: “Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksudnya: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu hari Adha dan hari Fitri.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i) Jelas di sini, hari raya bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ia bukan satu hari yang direka atau diilhamkan oleh sesiapa. Ia adalah anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya baik lelaki dan wanita yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa Ramadan. Pada pagi Syawal, Rasulullah menjamah sedikit makanan sebelum keluar ke tanah lapang untuk menunaikan solat sunat hari raya. Kebiasaannya, Baginda memakan beberapa tamar dalam bilangan ganjil. Jadi wanita tidak perlu bersusah payah menyediakan juadah yang berlebihan. Disunatkan juga sebelum pergi solat hari raya, kita mandi sunat hari raya, memakai baju baru atau yang lebih elok. Anas menceritakan: “Pada kedua-dua hari raya, Rasulullah menyuruh kami memakai pakaian yang paling baik daripada apa yang ada pada kami, memakai bauan paling wangi daripada apa yang ada pada kami, dan menyembelih binatang yang paling mahal daripada apa yang ada pada kami.” (Hadis riwayat Al-Hakim). Maksud paling baik daripada apa yang ada adalah tidak semestinya kita bersusah payah berbelanja secara berlebihan untuk menyediakan pakaian baru. Pilih saja mana yang ada dirasakan lebih baik berbanding lain. Selepas itu, Baginda menuju ke tempat solat hari raya dengan berjalan kaki sambil memperbanyakkan takbir sepanjang perjalanan. Apabila pulang, Baginda akan memilih jalan lain daripada yang dilalui ketika pergi. Di kampung, mungkin sunnah ini masih berterusan tetapi di bandar, penghuninya lebih senang berkereta. Jika mereka dapat mengikuti sunnah ini, pasti sambutan hari raya akan lebih meriah. Baginda mengerahkan seluruh umat Islam keluar ke tempat solat, termasuk kaum wanita. Ummu ‘Atiyyah Al-Ansoriyyah berkata: “Kami diperintahkan supaya membawa bersama pada kedua-dua hari raya anak perempuan dan gadis remaja serta wanita yang sedang haid untuk bersama melakukan kebaikan. Wanita yang sedang haid duduk berjauhan dari tempat solat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Hal ini menggambarkan Rasulullah begitu mengambil berat supaya wanita turut merasakan kemeriahan dan keberkatan hari raya. Bertemu sambil mengucap tahniah serta mendengar wasiat berguna daripada pemimpin secara terus dan langsung. Pada masa ini, kebanyakan wanita kita masih belum merasakan pentingnya keluar menyertai solat sunat hari raya. Ramai beranggapan menyediakan makanan untuk keluarga dan tetamu yang bakal berkunjung itu adalah lebih penting. Suami pergi bersendirian tanpa membawa isteri. Ayah pergi bersama anak lelaki dan meninggalkan anak perempuan untuk membantu ibu memasak serta menghias rumah. Sedar atau tidak, wanita kita sudah terlepas daripada pahala ibadat menghayati sambutan hari raya yang sebenar kerana kemuncak sambutan hari raya dalam Islam adalah solat Aidilfitri. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mengeluarkan zakat, mengingati dan menyebut nama Tuhannya lalu mengerjakan solat.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15). Sebahagian ulama berkata, maksud solat dalam ayat ini adalah solat hari raya. Jadi orang yang disebut sebagai beruntung ialah mereka yang mengerjakan solat, bukan yang memasak dan menghias rumah. Solat sunat hari raya dilakukan di tanah lapang. Baginda tidak solat di masjid kecuali jika hujan. Selain menambah kemeriahan hari raya, Baginda memilih tempat lain dari masjid untuk memberi peluang kepada wanita haid bersama-sama menyertainya. Jika solat diadakan di masjid, sudah pasti penyertaan wanita terbatas. Pada hari raya, Rasulullah dan sahabat saling mengucap tahniah antara satu sama lain dengan ucapan taqabbalallah minna wa minkum yang bermaksud: “Mudah-mudahan Allah menerima ibadat kami dan juga anda.” Tiada riwayat yang menyatakan mereka saling bermaafan pada hari raya seperti yang dilakukan oleh umat Islam di tanah air kita. Sesungguhnya sikap bermaafan itu dituntut Islam sepanjang masa bukan pada hari tertentu. Ia wajib disegerakan dan dilakukan sepanjang tahun, bukan pada hari raya saja. Meminta maaf juga tidak memadai dengan bersalam saja. Ia mesti diiringi dengan taubat nasuha dan memulangkan atau menjelaskan hak kepada tuannya. Budaya meminta maaf sambil bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram wajib dihentikan kerana ia mencemari kesucian Aidilfitri yang mana pada hari itu, kita kembali kepada fitrah. Rasulullah membenarkan umat Islam menjamu selera dan berhibur dengan hiburan yang diharuskan. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Bakar mengherdik dua kanak-kanak atau hamba perempuan yang sedang mendendangkan syair di rumah Aisyah pada hari raya. Lalu Rasulullah menegur Abu Bakar dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya. Dan hari ini adalah hari raya kita.” Kesimpulannya, hari raya dalam Islam mempunyai pengertian tersendiri. Ia adalah satu ibadat dan syiar yang murni. Oleh itu sambutannya juga mengandungi adab, etika dan sunnah tersendiri. Sebagai umat yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Rasulullah, kita tidak patut terikut-ikut dengan cara dan budaya orang lain dalam menyambut hari raya. Di sinilah, letaknya peranan wanita dalam menentukan corak sambutan yang terbaik berlandaskan agama. Lantaran itu, hari raya sebagai ibadat tidak seharusnya disambut dengan cara berlebihan, bercampur maksiat atau bercanggah dengan agama Islam. Hal ini kerana seperti ibadat lain, ia adalah satu ibadat syiar Islam yang suci. Perkataan fitri bermaksud ‘berbuka puasa’ iaitu hari di mana umat Islam selesai menjalankan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan. Ada pula yang berpendapat perkataan fitri berasal dari fitrah yang bermaksud naluri atau sifat semula jadi manusia yang bersih suci, tidak dicemari oleh sifat keji seperti syirik dan fasik. Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam melawan nafsu, membersih diri daripada dosa dan kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37) Takbir ini diamalkan oleh Nabi, sahabat dan umat Islam selepasnya. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong yang bercanggah dengan fitrah semula jadi manusia yang diciptakan dalam keadaan yang suci. Disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya. PENULIS adalah pensyarah di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com dan www.wanitajimceria.blogspot.com

Tuesday, October 2, 2007

TANDA - TANDA LAILATUL QADAR



Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.



























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































APE...LAILATUL QADAR!!!


“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul - Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al - Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a.

YA RAMADHAN

selamat menyambut bulan ramadahan yang penuh nikmat ini!!!!!!sama - samalah kita menyambut kehadirannya...

Capture Your Heart
Comments from pYzam.com

Greatest Challenge
Spice up your Twitter with some Twitter Backgrounds